Monday, October 31, 2011

10 Ramuan Lanjutkan Cinta


Assalamualaikum semua...hari ni hari Isnin ye...

lagi 4 hari lagi result exam sue nk keluar..
berdebar sebab first time exam u ye..bwekk! hampeh pnye ayt..

ceit2..

10 ramuan lanjutkan cinta ye..sue bukan doktor cinta ye..tapi just nak bagi ape yang

 sue bce daripada majalah EH

1. Jangan berhenti mengenali pasangan
    Soal perasaan tidak pernah statik atau berpandukan mana-mana formula. Perasaan adalah gelombang jiwa 
    yang mengalami perubahan dari masa ke semasa. Justeru, ada baiknya saling sentiasa mengenali hati, jiwa 
    dan emosi masing-masing.

2. Semakin hari semakin sayang
    Inilah ragam percintaan. Setelah berjaya memikat dan menjerat, perasaan pasangan diabaikan. Seharusnya
    anda dan pasangan saling subur-menyuburkan rasa kasih sayang sepanjang percintaan.

3. Pantau ragam percintaan
    Beri perhatian sepenuhnya kala mendengar bicara pasangan dan mengambil berat sebarang isu yang 
    dibangkitkan. Ubahlah sebarang isu yang tidak disenangi pasangan dan memperhebatkan lagi ikatan cinta 
    anda dengan membuktikan bahawa tindakan anda adalah demi memperbaiki hubungan dan 
    kelangsungan sebuah percintaan yang penuh bermakna.

4. Luahkan seindah rasa
    Ia lebih bermakna apabila anda berdua kerap saling melafazkan rasa kasih, rindu atau sayang juga 
    penghargaan kepada sikapnya yang bijak mengambil hati dan menjaga perasaan anda selama ini.

5. Tidak sama tetapi istimewa
    Jika selama ini anda hanya sekadar tahu tentang hobinya, apa kata anda mula membina minat kepada hobi
    pasangan anda? Pasangan tentunya terharu dengan usaha anda mendekati jiwanya dan tidak mustahil,
    menghargainya dengan cara yang serupa.

6. Berkongsi impian
    Berkongsilah impian dengan pasangan bagi saling meyakini jiwa antaa satu sama lain. Dengan cara ini juga,
    anda dan pasangan saling tahu matlamat dan saling gigih melaksanakannya demi sebuah destinasi cinta yang 
    lebih kukuh berpaksi.

7. Saling menghormati
    Tidak semua perkara, rahsia atau peristiwa harus anda maklumi. Baik anda mahupun pasangan, pasti ada 
    ruang peribadi yang ingin dirahsiakan. Justeru, hormati hal peribadi pasangan dan pastikan pasangan anda
    berasa selamat dan selesa mendampingi anda.

8. Saling memuji
    Dorongan bererti sokongan. Maka,pujilah pasangan jika dia berjaya mencapai sesuatu yang 
    membanggakan atau melakukan perkara terbaik buat hubungan. Dengan cara ini, pasangan merasakan 
    usahanya amat dihargai dan tentunya ikatan cinta semakin utuh meniti hari.

9. Akulah segalanya
    Pastikan selain menjadi kekasihnya, anda juga serasi sebagai teman berbicara dan sahabat berkongsi suka 
    dan duka. Nescaya hayat percintaan semakin berpanjangan.

10. Terimalah segalanya
      Pandanglah kekurangan sebagai satu kelebihan yang unik. Ambillah masa merubah pasangan secara 
      berperingkat dan pastikan juga pasangan selesa dengan setiap langkah yang dicadangkan.








0 bisik-bisik disini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
copyright BY NUR SURIANI HAK CIPTA TERPELIHARA