Saturday, October 22, 2011

Loves Note By Him

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana jaga kasih sayang itu nak berkekalan?"

Cikgu : "Ok. Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput dihadapan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupn sekali. Da petik rumput yang PALING cantik, kamu balik ke kelas."

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun yang dibawanya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi da cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya petik.

Cikgu : "Ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah bertemu dengan seseorang yang kita sayang, jangan lah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap da berlaku. Semoga yang berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan yang paling baik. Mahupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.




sentiasa berpegang kepada apa yang kita janjikan.



4 bisik-bisik disini:

Cik tikah said...

pernah baca cite ni. nice story to be shared :)

sue stewart said...

thnx..sje borink2 post ny..

dylla fadzil 小草莓 said...

comel je :D

sue stewart said...

thnx leave a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
copyright BY NUR SURIANI HAK CIPTA TERPELIHARA